Tuesday, January 4, 2011

Pertukaran Blog...

Pada semua pembaca blog ini, saya memohon maaf kerana saya tidak lagi menggunakan blog ini dan telah membuat 1 lagi blog baru dengan tujuan yang sama... Web address blog baru sy adalah
www.charityandbusiness.blogspot.com

Blog rasmi Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan yang pada asalnya (www.yksn9.blogspot.com) juga telah ditukar ke www.yksnegerisembilan.blogspot.com kerana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah mencuri pakai email tersebut dan menyalahgunakan email tersebut.

Segala kesulitaan yang tuan/puan hadapai amatlah dikesali....

Forum Bicara Islam

Muslimin dan Muslimat dijemput untuk menghadiri Program Forum Bicara Islam yang akan diadakan Dataran Seremban pada :

Tarikh: 8 hb Januari 2011
Tempat: Dataran Seremban
Masa : 9.00 malam

Ahli Panel


Y Bhg Ustaz Nor Azamir bin Haji Alias
( Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan )

Y Bhg Ustaz Haji Muhammad Fitri bin Abdullah
( Pendakwah Perkim Kebangsaan )

Y Bhg Tuan Haji Jaafar bin Muhammad
( Penasihat Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan )


Moderator


Y Bhg Tuan Haji Najib bin Khairuddin
Ketua Pegawai Eksekutif
Tabung Wakaf Kesihatan


Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

Tel:-

06-678 1021/06-4810092
012 623 1519

Saturday, June 20, 2009

Pengiktirafan Kelas Jahitan

Saya dimaklumkan dengan 2 berita yang sangat menggembirakan pada hari ini. Saya berharap anda tidak melepaskan peluang sebaik ini dan bersyukurlah kita dengan kurniaan Allah yang memberikan kita kemudahan ini bersama.

Pelajar-pelajar Kelas Jahitan anjuran YKSNS Inspiration yang telah tamat kursus pembelajaran akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia. Sijil ini akan memberikan peluang yang lebih baik kepada anda semua untuk mencari pekerjaan. Penganugerahan sijil adalah bagi pelajar yang memenuhi setiap kriteria seperti jam kredit pembelajaran, kemahiran, kecekapan dan penilaian akhir. Sijil ini adalah setaraf dengan sijil-sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi pengajiaan sama ada kerajaan mahupun swasta.

Berita kedua ini pasti akan membuatkan anda lebih gembira. Kini, anda tidak perlu lagi risau mengenai kos-kos perbelanjaan dan pembelajaran yang perlu anda biayai sepanjang anda mengikuti kursus jahitan ini. Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju memberikan peruntukan kewangan 100% kepada pelajar-pelajar yang berstatus miskin, ibu tunggal dan bagi yang layak.

Ini adalah peluang keemasan bagi anda semua di luar sana. Pasaran pekerjaan untuk bidang perkhidmatan jahitan adalah sangat luas. Kami berharap dengan usaha ini dapatlah memberikan peluang kepada anda dan anda sendiri dapat mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga tanpa perlu bergantung pada orang lain lagi.

Thursday, June 18, 2009

Hari Raya Special

Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi. Seperti biasa, ibu bapa akan sibuk mencari tidak kira perabot, pakaian, hiasan, langsir kuih-raya dan bermacam-macam lagi untuk menyambut kedatangan hari yang mulia ini.

Jika anda ingin membuat tempahan jahitan baju raya yang murah dan berkualiti, kami menyediakan perkhidmatan jahitan BAJU KURUNG, BAJU MELAYU dan LANGSIR dengan harga yang murah dan berpatutan untuk anda.
Tempahan baju adalah terhad mengikut masa yang terhad sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

BAJU KURUNG = RM28
BAJU MELAYU = RM30
LANGSIR = Mengikut tempahan

Gambar-gambar hasil jahitan akan disertakan sebagai contoh.

Harga adalah berdasarkan tempahan jahitan sahaja. Sila berhubung dengan pihak pengurusan di talian 06-4810092 untuk pertanyaan lanjut.

Tuesday, June 16, 2009

Cili Ferstigasi

Cili merupakan satu product pertanian yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran kini.Kaedah penanaman cili ferstigasi ini merupakan kaedah penanaman yang berkesan, ringkas dan senang untuk dilaksanakan. YKSNS Inspiration turut mengusahakan penanaman cili secara ferstigasi dan kini mempunyai lebih seribu pokok cili.

Kami menjual hasil tanaman kami (cili) dengan harga yang lebih murah mengikut pasaran. Bagi mana-mana individu atau perniagaan yang berminat untuk membeli, hubungi kami di talian 06-4810092. Penghantaran adalah percuma.

Selain daripada menjual hasil tanaman, kami juga menawarkan khidmat pemasangan iaitu penyediaan penanaman cili awal bagi mana-mana individu yang berminat untuk menceburi bidang penanaman cili ferstigasi ini. Anda hanya perlu membuat penjagaan, pembajaan dan memetik hasil. Kami akan terus membantu dari segi khidmat nasihat dan pemantauan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan mengikut harga pasaran barang-barang yang diperlukan. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi kami di talian 06-4810092.

Wednesday, June 10, 2009

Programmes, Charity and Profit

We are helding a programmes of sewing classes for all that are interested expecially for single parent.We will also using professional teacher to teach and organizing the work of this programme.

Place : Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan Office, Kuala Pilah
Date : Every Saturday
Time : 9.00am - 5.00pm
Fee : RM150 per month

Why do we call the programmes as charity? It is because the fee is relevant and affordable. We also supplies all the materials used in the programmes. Besides that, the sewing class students (who are interested to) will become the staff of our needlework order business activity by the time being. Order received will be processes and the profit we get will be distributed to all the staff involved as allowance according to their work performance.

We open any orders from any individual, group, school or others party who are interested to orders any needlework required with an affordable price.



Khas untuk ibu-ibu tunggal dan wanita yang berminat dalam bidang jahitan, kami menganjurkan program KELAS JAHITAN bagi mengajar anda mencari sumber pendapatan secara tetap mahupun sambilan. Kami menggunakan khidmat tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkelayakan bagi menguruskan KELAS JAHITAN yang kami anjurkan ini. Maklumat adalah seperti berikut:

Tempat : Pejabat Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
Tarikh : Setiap hari Sabtu
Masa : 9.00pg - 5.00ptg
Yuran : RM150.00 sebulan

Program KELAS JAHITAN ini diadakan adalah untuk membantu wanita dan ibu tunggal untuk mencari sumber pendapatan dan yuran yang dikenakan adalah berpatutan. Selain daripada itu, peserta-peserta KELAS JAHITAN yang berminat dan berkemahiran juga akan diserap masuk untuk menjadi petugas kami dalam menyiapkan tempahan yang diterima secara sambilan dan akan menerima elaun berdasarkan hasil kerja daripada kami.

Kami menerima semua jenis tempahan termasuklah baju kurung, baju sekolah, telekung, pakaian seragam ko-kurikulum (cth: pengakap dan puteri islam), baju melayu, sapu tangan dan sebagainya dengan harga yang berpatutan dan lebih murah berbanding dengan mana-mana perniagaan jahitan lain. Jika berminat, bolehlah menghubungi kami di talian 06-4810092.

Looking For PA System?

Here is a great deal for all of us. If you are organizing a party, wedding ceremony, assembly, lecture and others neither outdoors or indoors programmes that required the usage of PA system, we are know hereby brought you a total great deal of pricing and services.


I have included the pictures of PA System set that will be rent for those who are interested in. Those items in the pictures are based on the actuall products.

The price that we offered is RM400.00 per day. For those who are interested please contact us on 06-4810092.



Kami menawarkan suatu harga yang menarik bagi anda di sekitar Negeri Sembilan. Kami menawarkan harga yang murah dan berpatutan bagi mana-mana individu, kumpulan atau perniagaan yang ingin menggunakan khidmat penyewaan PA system bagi mengadakan majlis samada majlis perkahwinan, ceramah, motivasi dan sebagainya.

Saya telah menyertakan gambar-gambar set PA system berdasarkan set sebenar di dalam blog ini. Harga yang ditawarkan adalah RM400.00 sehari. Bagi sesiapa yang berminat, sila hubungi kami di talian 06-4810092. Kos penghantaran dan pengurusan adalah percuma!

100% Profit Earned = DONATION

Believe it or not? While still using the services and buying products from YKSNS Inspiration, you are actually donating. Eventhough YKSNS Inspiration is a profit oriented company, but we are actually raising money for the fund of Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan. The funds will then be used to improved the activities and help unfortuned people all around Negeri Sembilan and also other states in all around Malaysia. The services and products sell are also cheaper compare to other profit oriented businesses. If you require any information on Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, you can visit www.yksn9.blogspot.com.

Other than raising funds, we also need a lot of man power from peoples who are willing to become our voluntery by contributing your time, ideas and power. We are very happy to have you to join us.

Tuesday, June 9, 2009

Introduction To YKSNS Inspiration

YKSNS Inspiration is a profit based partnership company that own by Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan. YKSNS Inspiration is established on 17th June 2008 and the responsible owners are Muhammad Syahzlan Bin Abdullah and Zarinah Binti Abd Kabor. The company address are No 22A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia. Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan is a welfare society that concern on their future funds and so this lead to the ideas of creating a profitable business to raise funds for the future activities on helping unfortunate peoples around Negeri Sembilan.
There are several types of businesses generated by YKSNS Inspiration which are:
1. Needlework order
2. Catering services
3. Outdoor and Indoor PA System for rent
4. Chili supplies


For any other inquiries, please contact the office on 06-4810092.

YKSNS INSPIRATION adalah sebuah perniagaan perkongsian berdaftar di bawah SSM dan juga merupakan anak syarikat YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN. YKSNS INSPIRATION ditubuhkan pada 17hb Jun 2008 dan diamanahkan kepada 2 orang pemegang amanah YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN iaitu Muhammad Syahzlan Bin Abdullah dan Zarinah Binti Abd Kabor. Alamat syarikat adalah No22 A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah Negeri Sembilan. Tujuan utama penubuhan YKSNS INSPIRATION adalah bagi mengumpul dana agar memudahkan kerja-kerja dakwah dan melancarkan sumber kewangan YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN sebagai sebuah badan pertubuhan kebajikan di Negeri Sembilan.

Antara jenis perniagaan yang dilakukan termasuklah:

1. Jahitan (Kelas dan Tempahan)

2. Katering

3. Penyewaan PA System

4. Cili (Kelas dan Pembekalan)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat di talian 06-4810092.